Monday, 12 March 2012

FINAL - don't give up.. :)

ASSALAMUALAIKUM...

emm pagi yang indah dan menyamankan. Korang da ucap syukur belum kerana masih berpeluang untuk bangun pagi dan membaca entry aku pagi nie? kalau belum mari kita sama-sama mengucap syukur pada Allah sebab masih dapat hidup pada hari ini.. :)

 Alhamdulilah.. emm pagi-pagi nie tetiba terasa nak buat entry. Tension study walaupun baru sehari bertungkus-lumus. Final yang semakin hampir makin mendebarkan hati. Benda yang sama pasti berlaku pada korang kalau mahu menghadapi peperiksaan kan?


Apa yang kita perlu buat sehingga menjelangnya tarikh yang perlu kita menduduki peperiksaan itu ialah kita perlu teruskan usaha dan jangan give up. Untuk berjaya memang susah kalau kita tak berusaha dengan bersungguh-sungguh. Tapi biarlah kita susah sekarang daripada susah dikemudian hari bak kata pepatah "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian". So apa lagi, disconnect internet, off lappy, buka buku, and sambung study.. GOOD LUCK GUYS :)

-HANI

No comments:

Post a Comment