Monday 12 March 2012

FINAL - don't give up.. :)

ASSALAMUALAIKUM...

emm pagi yang indah dan menyamankan. Korang da ucap syukur belum kerana masih berpeluang untuk bangun pagi dan membaca entry aku pagi nie? kalau belum mari kita sama-sama mengucap syukur pada Allah sebab masih dapat hidup pada hari ini.. :)

 Alhamdulilah.. emm pagi-pagi nie tetiba terasa nak buat entry. Tension study walaupun baru sehari bertungkus-lumus. Final yang semakin hampir makin mendebarkan hati. Benda yang sama pasti berlaku pada korang kalau mahu menghadapi peperiksaan kan?


Apa yang kita perlu buat sehingga menjelangnya tarikh yang perlu kita menduduki peperiksaan itu ialah kita perlu teruskan usaha dan jangan give up. Untuk berjaya memang susah kalau kita tak berusaha dengan bersungguh-sungguh. Tapi biarlah kita susah sekarang daripada susah dikemudian hari bak kata pepatah "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian". So apa lagi, disconnect internet, off lappy, buka buku, and sambung study.. GOOD LUCK GUYS :)

-HANI

Tuesday 28 February 2012

Too Young

Asalamualaikum and happy tuesday guys ,

huhhh ,da lama tak post dekat blog ni .mukin disebabkan kekosongan yang melanda otak aku kebelakangan ni .okay actually tade apa ponn nak tulis tapi sebab dipaksa oleh admin admin lain yang kejam aku post jugak laa .hmm okay umur korang berapa ?aku 19 tahun tahun depan da masuk 20*tua jugak haha .kebanyakan budak budak dekat u ni yang berusia dalam linkungan aku ni masih lagi terbawak bawak dengan cinta monyet dari zaman sekolah dulu .pakwe makwe couple senang cerita short term relationship tapi bukan semua laa .

aku ni pulak tatau laa terlampau advance ke apa ,tapi aku da start carik the person i want to spend my whole life with .korang mesti "pikir apalah budak ni muda lagi lepak dulu", "terlampau muda laa pakcik oi", "fokus dekat belajar dulu" dan macam macam lagi laa .haha aku ponn tatau apa masalah aku tapi aku terasa macam da tiba masanya untuk aku pikir pasal benda tu .mukin sebab nak rasa cinta yang sejati kott HAHA .entahlaa pening kepala memikirkannya.

okay laa guys tu je untuk post kali ni ,sorry if this post doesn't met your expectation .tade idea sebenarnya .anyway thanks for reading .

-chuck-

Saturday 25 February 2012

BUDAK AGAS

ASSALAMUALAIKUM

ralit aku melihat budak zaman sekarang ini .
ramai yang alpa dengan dunia sendiri .
mengeluh sendiri ini .
mana pergi identiti diri .
yang barat diikuti , yang timur ditinggali .
mana pergi jati diri anak lelaki ?
bertindik serupa tak ada yang membantahi .
ibu bapak ada tapi tidak diendahi .

mana pergi identiti anak perempuan ?
kalau yang seluar da tanggal , diganti dengan skirt paras cukup makan .
sedarlah sedar wahai perempuan .
jangan biarkan diri jadi habuan .
ingat jodoh yang dapat nanti akan sama dengan apa yang kau kerjakan .
semoga kau kembali ke pangkal jalan .

wahai budak budak agas zaman sekarang . kau tak kemana dengan berperangai mengalahkan umur kau sendiri . jangan terlalu ikut arus fesyen . yang bertindik untuk lelaki tu baik jauhkan . tak buat calon menantu kelak kau yang menyesal . tak dapat hadiah pun kau bertindik sakan . yang bersederhana itu amatlah dituntut dalam islam . semoga semuanya mendapat hidayah .

sekian , maria .

Friday 24 February 2012

GIRL DESIRE!!

ASSALAMUALAIKUM...

Hai guys....hehe dah lama rasanya aku tak buat entry baru. semuanya gara-gara internet yang lembap. Hampeh betol. Btw arini aku nak buat entry pasal PEREMPUAN. Tapi bukan kearah negatif side tau, aku just nak berkongsi tentang apa yang perempuan suka. Ok jom kte tgk gambar2 kat bawah nie. Sebagai pempuan aku pun rasa benda yang sama macam korang rasa. ALL WOMEN NEED JUST THIS......

















amacam,, kowang stuju x dgn gambar2 nie. memang semua pmpuan suka, so xya la nk pertikaikan. haha.
actually aku pun suka sebab2 aku tahu. :) -HANI

Tuesday 21 February 2012

PAKWE BUKAN SUAMI


Assalamualaikum angel girls and boys *rolling eyes

Aku rindu zaman sekolah . Rindu yang teramat . Zaman yang banyak ajar aku erti hidup . Well kadang kadang aku selalu melawat balik sekolah tu dan suka suka duduk dan perhatikan gelagat budak zaman sekarang . Memang budak zaman sekarang ni terlalu nak membesar dengan cepat ke ? Banyak pengaruh dari tv rasanya dorang ni .

Well kebanyakan budak budak tingkatan , which is bole dikategorikan sebagai tak matang lagi da sibuk nak bercouple bagai . Tu satu isu yang tak dapat dielakkan oleh hati , tapi mana datang matangnya kalau yang si perempuan bertarik rambut dan tudung bagai pertahankan title girlfriend dorang kepada lelaki tu , dan lelaki bertumbuk bagai untuk pertahankan girlfriend dorang yang hanya untuk stock geli geli . Ramai je yang aku tengok dekat laman sosial sekarang bergambar dengan boyfriend mengalahkan orang yang dah berkahwin . Geli .  

Aku musykil . Otak budak budak sekarang semakin lama semakin advance ke ? Ada yang jadikan couple tu   satu kewajipan yang harus ada . Setakat sedih untuk 2 hari , itu hanyalah syarat . Selama seminggu akan update status jiwang , status sedih , status lonely . Cukup seminggu 'in relationship' . Mana letak perasan kau   yang kau cinta mati dekat dia ? Kasihan .


Well untuk pengetahuan korang , tak ramai pun yang dapat survive dengan relationship yang dibina dari zaman sekolah . Aku tak kata tak ada . Cuma tak ramai . So tak payahlah yang girlfriend nak sibuk bertarik rambut , memaki hamun ,yang lelaki sibuk bertumbuk dan mencerca . Hubungan korang tak sampai ke mana lagi . Hidup ni jugak tak bole nak mengongkong sangat selagi bukan yang halal .

Mungkin masa tu 'zaman agas' dorang . Semua pernah alaminya . Aku tahu . Cuma tak payah terbawak bawak dengan konsep pakwe kau , suami kau . Tak menjamin apa-apa .



maria

Monday 20 February 2012

APA YANG AKU FIKIR ?



Assalamualaikum . entry pagi selasa !


Mengantuk . Itu je yang dapat aku gambarkan pagi ni bila terpaksa bangun untuk paksa diri belajar . Mengeluh panjang aku bila tak dapat selesaikan homework yang macam gunung . Tiba-tiba perut terasa lapar . Lumrah hidup . Perut nak jugak tuntut keperluan dia . Sedang aku ayik membancuh air nak jadikan breakfast , aku teringat apa yang mak aku pernah cakap , "hidup ni tak boleh nak ikut cara kita sangat . kita hidup berkongsi tempat dengan orang lain" .

Apa maksud mak aku ? Tertanya sendiri . Mungkin dekat dunia sekarang ni banyak sangat orang yang pentingkan diri sendiri . Kawan bergaduh sesama kawan , pembangkang bergaduh sesama kerajaan , even adik beradik pun bergaduh sesama adik beradik sebab harta . Mana logiknya masalah macam tu timbul ? Kalau bergaduh siapa nak jaga parents tapelah jugak . Sedangkan kucing dengan anjing sekarang ni pun da berdamai . Ok yang ni tade kene mengene .

Perempuan terlalu banyak berfikir . sigh

Kenapa perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal ? Setahu aku , perempuan lagi banyak berfikir dari lelaki . Selalu sangat perempuan terikut ikut dengan rasa hati . Lelaki yang ada 9 akal dan satu nafsu sebaliknya . Ahh terlalu banyak cabang untuk berfikir dalam kepala aku yang akhirnya semua mengeluarkan jawapan BUNTU .

Maaf jika entry merepek keluar . Ada kelas untuk dituju .

Maria

LAST MINUTE

Assalamualaikum and hey guys ,

korang mesti tertanya tanya kann sape laa mamat ni, ape yang budak ni buat dekat blog ni ,okayy untuk pengetahuan korang aku adalah admin yang terbaru ,yup you guess it the third admin for this blog .sooo SALAM PENGENALAN : )


okayy nama aku ramli tapi lebih dikenali sebagai chuck hehe ,hmm untuk post aku yang pertama ni aku ponn tade idea sangat nak tulis apa so aku decide nak cerita pasal buat keje last minit .haha korang mesti penah kann ?aku bukan nak menasihat korang ke ape ke sebab aku sendiri ponn macam tu haha ,nak katakan setiap asiggnment yang dapat tu ,besok nak submit malam ni baru buat .nampak tak ?haha nanti masa tu laa rasa macam dunia ni nak kiamat ,sume benda jadi tak betul .my latest experience minggu ni laa ,group aku ni kena buat presentation pasal optical disk dengan cloud storage .haha kau jangan tanya aku apebende tu sebab aku ponn tak tau ,haa so seperti biasa malam sebelum presentation kami ponn beroperasi .sampai tak tido nak siap bahan bahan untuk presentation temasuk slide dengan mind map .nak dipendek kan cerita rupanya kita orang dah tersalah sumber dan bahan bahan yang kita orang present tu tade kena ngena ponn dengan topik yang diberikan .haha tu laa jadinya kalau buat keje last minit menggunakan google .

jadi kesimpulanya dekat sini kalau nak buat keje last minit jangan guna google ,guna bing haha !

and with that I THANK YOU :)