Tuesday 21 February 2012
PAKWE BUKAN SUAMI
Assalamualaikum angel girls and boys *rolling eyes
Aku rindu zaman sekolah . Rindu yang teramat . Zaman yang banyak ajar aku erti hidup . Well kadang kadang aku selalu melawat balik sekolah tu dan suka suka duduk dan perhatikan gelagat budak zaman sekarang . Memang budak zaman sekarang ni terlalu nak membesar dengan cepat ke ? Banyak pengaruh dari tv rasanya dorang ni .
Well kebanyakan budak budak tingkatan , which is bole dikategorikan sebagai tak matang lagi da sibuk nak bercouple bagai . Tu satu isu yang tak dapat dielakkan oleh hati , tapi mana datang matangnya kalau yang si perempuan bertarik rambut dan tudung bagai pertahankan title girlfriend dorang kepada lelaki tu , dan lelaki bertumbuk bagai untuk pertahankan girlfriend dorang yang hanya untuk stock geli geli . Ramai je yang aku tengok dekat laman sosial sekarang bergambar dengan boyfriend mengalahkan orang yang dah berkahwin . Geli .
Aku musykil . Otak budak budak sekarang semakin lama semakin advance ke ? Ada yang jadikan couple tu satu kewajipan yang harus ada . Setakat sedih untuk 2 hari , itu hanyalah syarat . Selama seminggu akan update status jiwang , status sedih , status lonely . Cukup seminggu 'in relationship' . Mana letak perasan kau yang kau cinta mati dekat dia ? Kasihan .
Well untuk pengetahuan korang , tak ramai pun yang dapat survive dengan relationship yang dibina dari zaman sekolah . Aku tak kata tak ada . Cuma tak ramai . So tak payahlah yang girlfriend nak sibuk bertarik rambut , memaki hamun ,yang lelaki sibuk bertumbuk dan mencerca . Hubungan korang tak sampai ke mana lagi . Hidup ni jugak tak bole nak mengongkong sangat selagi bukan yang halal .
Mungkin masa tu 'zaman agas' dorang . Semua pernah alaminya . Aku tahu . Cuma tak payah terbawak bawak dengan konsep pakwe kau , suami kau . Tak menjamin apa-apa .
maria
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment