Friday 17 February 2012

PEREMPUAN MELAYU DAN SIFAT MALU


Assalamualaikum people !

Happy friday . Dekat tempat aku sekarang ni hujan dan aku tak membenarkan diri aku untuk tidur kerana aku tak mahu melatih diri aku untuk mendapat tidur yang berlebihan .

Mungkin tajuk aku agak over , tapi ini hanyalah pendapat aku sahaja . Berdasarkan pemerhatian aku terhadap orang sekeliling . Perempuan melayu terkenal dengan sifat malu dan terkenal dengan keanggunannya yang tersendiri . Tapi zaman sekarang ni aku tengok kebanyakan remaja terlalu mengikut arus perkembangan fesyen . Perkembangan fesyen memang sangat drastik . Dalam sehari lebih dari satu fesyen baju akan terjual di mall atau mana mana sahaja .

Masalahnya disini , akibat terlalu taksub dan terlalu open untuk menerima cara pemakaian luar membuatkan perempuan sekarang sudah mula hilang sifat malu untuk mengenakan baju yang agak tertutup sikit auratnya . Ayat aku agak sarkastik . Maaf . Tapi relevan ke seorang perempuan melayu berjalan di shopping mall dengan hanya memakai singlet dan berseluar pendek yang terlampau pendek . Itu hak dorang . Aku tau aku ni hanyalah pemerhati pada cara mereka . Sekurang kurangnya kau hormatilah lelaki lelaki yang terkena tempias dosa kau akibat cara pemakaian kau . "Mak aku tak kesah pun dengan apa yang aku pakai . Kau kesah kenapa ?" . Kalau macam tu caranya . Terserah .

Mana juga letak sifat malu kau wahai seorang perempuan melayu berjalan dengan gahnya dihadapan lelaki dengan berpakaian seperti itu . Asset kau bukan untuk dibuat tayangan . Singlet dan short pants sangat tak bole diterima otak aku . Perempuan melayu terakhir sepatutnya mampunyai sifat malu sekurang kurangnya pakai shirt dan jeans .

SEBAGAI SEORANG PEREMPUAN MELAYU , MALU AKU MELIHATNYA

maria


No comments:

Post a Comment