Asalamualaikum and happy tuesday guys ,
huhhh ,da lama tak post dekat blog ni .mukin disebabkan kekosongan yang melanda otak aku kebelakangan ni .okay actually tade apa ponn nak tulis tapi sebab dipaksa oleh admin admin lain yang kejam aku post jugak laa .hmm okay umur korang berapa ?aku 19 tahun tahun depan da masuk 20*tua jugak haha .kebanyakan budak budak dekat u ni yang berusia dalam linkungan aku ni masih lagi terbawak bawak dengan cinta monyet dari zaman sekolah dulu .pakwe makwe couple senang cerita short term relationship tapi bukan semua laa .
aku ni pulak tatau laa terlampau advance ke apa ,tapi aku da start carik the person i want to spend my whole life with .korang mesti "pikir apalah budak ni muda lagi lepak dulu", "terlampau muda laa pakcik oi", "fokus dekat belajar dulu" dan macam macam lagi laa .haha aku ponn tatau apa masalah aku tapi aku terasa macam da tiba masanya untuk aku pikir pasal benda tu .mukin sebab nak rasa cinta yang sejati kott HAHA .entahlaa pening kepala memikirkannya.
okay laa guys tu je untuk post kali ni ,sorry if this post doesn't met your expectation .tade idea sebenarnya .anyway thanks for reading .
-chuck-
Tuesday 28 February 2012
Saturday 25 February 2012
BUDAK AGAS
ASSALAMUALAIKUM
ralit aku melihat budak zaman sekarang ini .
ramai yang alpa dengan dunia sendiri .
mengeluh sendiri ini .
mana pergi identiti diri .
yang barat diikuti , yang timur ditinggali .
mana pergi jati diri anak lelaki ?
bertindik serupa tak ada yang membantahi .
ibu bapak ada tapi tidak diendahi .
mana pergi identiti anak perempuan ?
kalau yang seluar da tanggal , diganti dengan skirt paras cukup makan .
sedarlah sedar wahai perempuan .
jangan biarkan diri jadi habuan .
ingat jodoh yang dapat nanti akan sama dengan apa yang kau kerjakan .
semoga kau kembali ke pangkal jalan .
wahai budak budak agas zaman sekarang . kau tak kemana dengan berperangai mengalahkan umur kau sendiri . jangan terlalu ikut arus fesyen . yang bertindik untuk lelaki tu baik jauhkan . tak buat calon menantu kelak kau yang menyesal . tak dapat hadiah pun kau bertindik sakan . yang bersederhana itu amatlah dituntut dalam islam . semoga semuanya mendapat hidayah .
sekian , maria .

Friday 24 February 2012
GIRL DESIRE!!
ASSALAMUALAIKUM...
Hai guys....hehe dah lama rasanya aku tak buat entry baru. semuanya gara-gara internet yang lembap. Hampeh betol. Btw arini aku nak buat entry pasal PEREMPUAN. Tapi bukan kearah negatif side tau, aku just nak berkongsi tentang apa yang perempuan suka. Ok jom kte tgk gambar2 kat bawah nie. Sebagai pempuan aku pun rasa benda yang sama macam korang rasa. ALL WOMEN NEED JUST THIS......

amacam,, kowang stuju x dgn gambar2 nie. memang semua pmpuan suka, so xya la nk pertikaikan. haha.
actually aku pun suka sebab2 aku tahu. :) -HANI
actually aku pun suka sebab2 aku tahu. :) -HANI
Tuesday 21 February 2012
PAKWE BUKAN SUAMI
Assalamualaikum angel girls and boys *rolling eyes
Aku rindu zaman sekolah . Rindu yang teramat . Zaman yang banyak ajar aku erti hidup . Well kadang kadang aku selalu melawat balik sekolah tu dan suka suka duduk dan perhatikan gelagat budak zaman sekarang . Memang budak zaman sekarang ni terlalu nak membesar dengan cepat ke ? Banyak pengaruh dari tv rasanya dorang ni .
Well kebanyakan budak budak tingkatan , which is bole dikategorikan sebagai tak matang lagi da sibuk nak bercouple bagai . Tu satu isu yang tak dapat dielakkan oleh hati , tapi mana datang matangnya kalau yang si perempuan bertarik rambut dan tudung bagai pertahankan title girlfriend dorang kepada lelaki tu , dan lelaki bertumbuk bagai untuk pertahankan girlfriend dorang yang hanya untuk stock geli geli . Ramai je yang aku tengok dekat laman sosial sekarang bergambar dengan boyfriend mengalahkan orang yang dah berkahwin . Geli .
Aku musykil . Otak budak budak sekarang semakin lama semakin advance ke ? Ada yang jadikan couple tu satu kewajipan yang harus ada . Setakat sedih untuk 2 hari , itu hanyalah syarat . Selama seminggu akan update status jiwang , status sedih , status lonely . Cukup seminggu 'in relationship' . Mana letak perasan kau yang kau cinta mati dekat dia ? Kasihan .
Well untuk pengetahuan korang , tak ramai pun yang dapat survive dengan relationship yang dibina dari zaman sekolah . Aku tak kata tak ada . Cuma tak ramai . So tak payahlah yang girlfriend nak sibuk bertarik rambut , memaki hamun ,yang lelaki sibuk bertumbuk dan mencerca . Hubungan korang tak sampai ke mana lagi . Hidup ni jugak tak bole nak mengongkong sangat selagi bukan yang halal .
Mungkin masa tu 'zaman agas' dorang . Semua pernah alaminya . Aku tahu . Cuma tak payah terbawak bawak dengan konsep pakwe kau , suami kau . Tak menjamin apa-apa .
maria
Monday 20 February 2012
APA YANG AKU FIKIR ?
Assalamualaikum . entry pagi selasa !
Mengantuk . Itu je yang dapat aku gambarkan pagi ni bila terpaksa bangun untuk paksa diri belajar . Mengeluh panjang aku bila tak dapat selesaikan homework yang macam gunung . Tiba-tiba perut terasa lapar . Lumrah hidup . Perut nak jugak tuntut keperluan dia . Sedang aku ayik membancuh air nak jadikan breakfast , aku teringat apa yang mak aku pernah cakap , "hidup ni tak boleh nak ikut cara kita sangat . kita hidup berkongsi tempat dengan orang lain" .
Apa maksud mak aku ? Tertanya sendiri . Mungkin dekat dunia sekarang ni banyak sangat orang yang pentingkan diri sendiri . Kawan bergaduh sesama kawan , pembangkang bergaduh sesama kerajaan , even adik beradik pun bergaduh sesama adik beradik sebab harta . Mana logiknya masalah macam tu timbul ? Kalau bergaduh siapa nak jaga parents tapelah jugak . Sedangkan kucing dengan anjing sekarang ni pun da berdamai . Ok yang ni tade kene mengene .
Perempuan terlalu banyak berfikir . sigh
Kenapa perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal ? Setahu aku , perempuan lagi banyak berfikir dari lelaki . Selalu sangat perempuan terikut ikut dengan rasa hati . Lelaki yang ada 9 akal dan satu nafsu sebaliknya . Ahh terlalu banyak cabang untuk berfikir dalam kepala aku yang akhirnya semua mengeluarkan jawapan BUNTU .
Maaf jika entry merepek keluar . Ada kelas untuk dituju .
Maria
LAST MINUTE
Assalamualaikum and hey guys ,
korang mesti tertanya tanya kann sape laa mamat ni, ape yang budak ni buat dekat blog ni ,okayy untuk pengetahuan korang aku adalah admin yang terbaru ,yup you guess it the third admin for this blog .sooo SALAM PENGENALAN : )
okayy nama aku ramli tapi lebih dikenali sebagai chuck hehe ,hmm untuk post aku yang pertama ni aku ponn tade idea sangat nak tulis apa so aku decide nak cerita pasal buat keje last minit .haha korang mesti penah kann ?aku bukan nak menasihat korang ke ape ke sebab aku sendiri ponn macam tu haha ,nak katakan setiap asiggnment yang dapat tu ,besok nak submit malam ni baru buat .nampak tak ?haha nanti masa tu laa rasa macam dunia ni nak kiamat ,sume benda jadi tak betul .my latest experience minggu ni laa ,group aku ni kena buat presentation pasal optical disk dengan cloud storage .haha kau jangan tanya aku apebende tu sebab aku ponn tak tau ,haa so seperti biasa malam sebelum presentation kami ponn beroperasi .sampai tak tido nak siap bahan bahan untuk presentation temasuk slide dengan mind map .nak dipendek kan cerita rupanya kita orang dah tersalah sumber dan bahan bahan yang kita orang present tu tade kena ngena ponn dengan topik yang diberikan .haha tu laa jadinya kalau buat keje last minit menggunakan google .
jadi kesimpulanya dekat sini kalau nak buat keje last minit jangan guna google ,guna bing haha !
and with that I THANK YOU :)
Saturday 18 February 2012
BAD MOOD
ASSALAMUALAIKUM....
Hello my friends...:) what's up?
emm firstly aku nak tanya kat korang pernah tak rasa moody, bad mood, tak ada mood, malas nak layan orang or apa-apa jelarh yang seerti dengannya. Mesti pernahkan. Mustahil la tak pernahkan. Orang gila je yang tak pernah rasa apa yang diorang rasa. Opps terkasar bahasa pulak.
Ok, berbalik pada tajuk kali nie, aku nak share dengan korang mcm mana nak hilangkan rasa moody dalam diri korang.
1) always senyum tak kira dengan siapa pun.
emm bunyi macam susa. Ok aku paham sebab aku pun pernah rasa. Tapi percaya cakap aku, benda nie sgt berkesan. Sebab apa? Sebab dengan senyum akan buatkan kita rasa happy. Tapi kalau korang sendiri tak dpt lawan perasaan moody tu dgn tak nak layan semua orang kat sekeliling korang, sampai bila-bila pun mood tu tak kan baik. Akibatnya, pelajaran pun terganggu. So tak yah layan sgt la mood tak baik tu.
2) enjoy with your friends
korang try lawan pukul-pukul bantal dengan kawan korang. Serius seronok. Tak tipu... haha Sebenarnya benda tu la yang aku buat dengan membe aku. Bilik ktorang dekat so senang la aku lepak dekat bilik dengan die. Kalau tak pukul bantal cuba pukul dia pulak. Tu pun ok gak. haha tapi jangan la sampai melampau. Nanti tak pasal-pasal kawan korang lari.
"Kawan-kawan,,Gado-gado" ayat yang selalu aku and kawan-kawan aku guna. Apa guna ada kawan kalau kita tak boleh bergurau. Betul tak? Nasihat aku tak payah la kawan dengan orang yang kuat touching sgt nie. Buang masa je. Kalau korang macam tu baik ubah, touching biar bertempat jangan sampai orang naik menyampah dgn diri kita. Sebab tu aku kata jangan layan mood korang yang sentiasa tak menentu tu..
3) Karoke
Haa yang nie aku galakkan sangat2 tuk korang buat. Salah satu cara yang sangat berkesan pada aku. Korang pegi la karok kat mana2 pusat karoke yang ada then nyanyi sekuat and sepuas hati korang. Lepas tu sure korang akan rasa lega. Serius tak tipu.
Ok tu je kot yang dapat aku kongsikan kat korang. Cara lain myb boleh aku kongsikan dalam entry yang laen. Aku harap korang enjoy dengan hidup yang ada sekarang. Hargai orang sekeling itu yang paling penting. That's all for today, see u again - Hani ^^

Friday 17 February 2012
PEREMPUAN MELAYU DAN SIFAT MALU
Assalamualaikum people !
Happy friday . Dekat tempat aku sekarang ni hujan dan aku tak membenarkan diri aku untuk tidur kerana aku tak mahu melatih diri aku untuk mendapat tidur yang berlebihan .
Mungkin tajuk aku agak over , tapi ini hanyalah pendapat aku sahaja . Berdasarkan pemerhatian aku terhadap orang sekeliling . Perempuan melayu terkenal dengan sifat malu dan terkenal dengan keanggunannya yang tersendiri . Tapi zaman sekarang ni aku tengok kebanyakan remaja terlalu mengikut arus perkembangan fesyen . Perkembangan fesyen memang sangat drastik . Dalam sehari lebih dari satu fesyen baju akan terjual di mall atau mana mana sahaja .
Masalahnya disini , akibat terlalu taksub dan terlalu open untuk menerima cara pemakaian luar membuatkan perempuan sekarang sudah mula hilang sifat malu untuk mengenakan baju yang agak tertutup sikit auratnya . Ayat aku agak sarkastik . Maaf . Tapi relevan ke seorang perempuan melayu berjalan di shopping mall dengan hanya memakai singlet dan berseluar pendek yang terlampau pendek . Itu hak dorang . Aku tau aku ni hanyalah pemerhati pada cara mereka . Sekurang kurangnya kau hormatilah lelaki lelaki yang terkena tempias dosa kau akibat cara pemakaian kau . "Mak aku tak kesah pun dengan apa yang aku pakai . Kau kesah kenapa ?" . Kalau macam tu caranya . Terserah .
Mana juga letak sifat malu kau wahai seorang perempuan melayu berjalan dengan gahnya dihadapan lelaki dengan berpakaian seperti itu . Asset kau bukan untuk dibuat tayangan . Singlet dan short pants sangat tak bole diterima otak aku . Perempuan melayu terakhir sepatutnya mampunyai sifat malu sekurang kurangnya pakai shirt dan jeans .
SEBAGAI SEORANG PEREMPUAN MELAYU , MALU AKU MELIHATNYA
maria
Thursday 16 February 2012
Jangan mudah berjanji kalau tak Mampu Tunaikan
ASSALAMUALAIKUM ...
arini aku nak cerita sikit tentang janji. JANJI? emm satu perkataan yang berat kalau kita dah mengatakannya kepada someone. Tak kisah la tentang apa yang dijanjikan tapi kalau tak dapat tunaikan baik tak payah janji. Am i right?
Ikut pengalaman hidup aku larh, aku pun bnyk kali jugak berjanji. Semua orang pun begitu. Nak berjanji memang senang, cakap je, tapi tak semua boleh buat. Sebab tu promise can be made, cannot be seen but can be broken. So sekarang nie aku lebih berhati-hati dalam berjanji. Nak buat something tu boleh, tapi jangan sampai memberi harapan dekat orang. Dengan berjanji akan membuatkan orang yang kita buat janji tu hilang kepercayaan kat kita kalau janji yang kita buat tu tak terlaksana.
Emm tu baru sikit, cuba kita relatekan pulak dengan kehidupan seharian yang kita buat sekarang nie. Tak kisah la korang still bersekolah, study kat U or dah bekerja, pernah tak korang ditanya begini " I want this work complete and submit to me tomorrow". Then korang semua jawan "ok!". Sebenarnya korang sedar tak yang jawapan "OK" tu dah membuatkan kita berjanji kepada mereka dan juga diri sendiri. Banyak yang kita tak sedar sebenarnya apa yang kita cakap seharian hari kita ni adalah janji. So berhati-hati la bila bercakap.
p/s: Kalau tak nak satu hubungan yang korang sayang terputus, jangan la janji sesuatu yang susah tuk ditunaikan sebab satu hari nanti mungkin akan memakan diri and korang sendiri yang merana. So be careful friends. All your words will be keep in my mind..^^ -Hani
Wednesday 15 February 2012
ENTRY PENGENALAN
ASSALAMUALAIKUM !
Blog ini diwujudkan bersempena kebosanan tentang hidup seharian dan rungutan yang berlebihan sehingga dah tak boleh nak luah dekat sesiapa . Blog ini jugak diwujudkan dengan mempunyai 2 admin . Seorang bernama Maria dan seorang lagi bernama Hani . Kedua duanya bukan nama sebenar kami HAHA . Blog ini hanyalah pendapat dan luahan hati kami dan sesungguhnya kami akan cuba mengelak kan dari menyinggung mana mana pihak .
CENGKERIK? well nama ni dipilih sebab inspirasi daripada bunyi krikk, krikk, krikk. pelik kan? haha bunyi nie selalu ktorang buat bersama classmate ktorang. And lagi kenapa warna hitam dipilih sebab hitam kan menawan. Cengkerik yang biasa orang tengok adalah warna hijau but kalau korang nak tengok cengkerik hitam kat sini la tempatnya.
So harapnya blog ini diterima oleh semua blogger lain
by : MARIA DAN HANI

Subscribe to:
Posts (Atom)